Darul Muallij P.Pinang

Darul Muallij P.Pinang

Bekam Darul Ansar

Bekam Darul Ansar

Isnad Tadawi

Saturday, April 22, 2017

SELESAIKAN GANGGUAN EMOSI DENGAN AL QURAN


Dalam sesuatu musibah kerap kalai ia meninmggalkan kesan pada psikologi dan emosi si mangsa atau pesakit. Dalam rawatan kaedah Islam menggunakan Al Quran, pesakit yang memiliki gangguan emosi boleh disebabkan pelbagai perkara antaranya::

1) Gangguan jin akibat jin liar, saka atau sihir.

2) Pandangan ain para jin atau manusia yang berniat dengki dengan si pesakit.

3) Kejadian malang atau musibaqh yang cukup memberi kesan pada ingatan dan naluri si pesakit atau mangsa.

Bagi kes musibah atau ujian hidup mislanya kehilangan orang tersayang sekurangnya 5 peringkat akan berlaku kepada kita. Demikian menurut Elizabeth Kubler Ross (1969) dalam karyanya On Death And Dying.

1) tahap menafi atau menidakkan bahawa sesuatu musibah berlaku padanya. Kelihatan tidak wras bercakap diluar kuasa manusia, mencabar takdir tuhan atau buat-buat tiada apa seolah tidak berlaku musibah sedangkan ia memendam dan merosakkan jiwanya.

2) Tahap marah dan menyalahkan pihak sekeliling terutama yang cuba menyabarkannya. Baginya kemarahan perlu dotoinjolkan semaksima mungkin sambil mengalir air mata.

3) Tahap rundingan - iaitu tahap pesakit bersungguh bertekad akan buat itu ini jika si mati kembali kepada dirinya, akan buat itu dan ini jika kakinya tumbuh balik. Sanggup berjanji apa sahaja.

4) Kemurungan adalah tahap terburuk, pessakit diam atau bertespon pasif dengan sekeliling, merosakkan kerjaya dan kehidupan sekeluarga.

5) Tahap boleh menerima takdir dan sebagainya.

Ya musibah adalah musibah dan ytang menggung sahaja tahu kesedihan yang menimpanya. Kita hanya mampu berbicara dan menasihati.

Perana kita adik beradik, sanak saudara adalah membacakan Al Quran di sebelahnya, memberi air yang dibacakan ayat-ayat suci untuk menyederhanakan aura negatif dalam dirinya serta menjauhkan syaitan poenambah perisa duka dan lara.

Bacakan

Al Baqarah ayat 1-5

Ar Ra'du ayat 17-18

Ali Imran  ayat 169-171

Ar Ra'du  ayat 28

Baca dan yakin Al Quran penyembuh emosi si pesakit.

Selamat beramal.

Muallij Nuruddin
017 6291368




Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat