Darul Muallij P.Pinang

Darul Muallij P.Pinang

Bekam Darul Ansar

Bekam Darul Ansar

Isnad Tadawi

Tuesday, April 19, 2016

JIN SAKA DAN SIMPTOM GANGGUANNYA



Kesan pesakit saka hampir sama: (beberapa kes di Pulau Sayak, Taman Rupawan Kepala Batas, Taman Chengai Kuala Kedah)

1) Sesak nafas
2) pedih mulut, dalam perut
3) Tidak lalu makan
4) Badan menggeletar teruk
5) Minpi ibu, tok nek datang bawa air minta minum atau nak kalungkan satu rantai cantik.
6) Bila nak baca ayat amalan nampka kabur dan mengantuk.
7) Susah nak ibadat/solat terutamanya.
8) Suami isteri berperang seolah-olah sihir pemisah, semua asyik tuduh menuduh kata si anu si anu buat sihir.
9) Mimpi budak kecil, rumah lama, nampak jenazah.
10) rasa takut, seram tanpa sebab.

Kes di Kuala Kedah:
seorang guru sejak sebelum nak menikah telah mimpi ngeri dan mula tidak mahumenerima bakal suami. Dua tahun bernikah seperti dalam neraka. 

Nampak kelibat nenek kebayan dalam rumah, dengar bunyi atas bumbung. Si ibu pernah berpesan berkenaan nenek kebayan itu. Si ibu tidak disukai jiran-jiran walaupun jiran silih berganti penyewanya.

Bila diruqyah ada kesan, diruqyah panjang, amalan ayat-ayat anti saka, sembur cuka ruqyah dan mandi limau, ada kesan panas pada badan, seram. Mimpi ibu nak kalungkan rantai. Kesan bertambah selepas amal sumpah putus saka.

Pesakit mula teringatkan suami yang telah tinggal berasingan dengannya. Seelumnya rasa meluat dan tidak mahu dengar nama suami sekalipun. Rawatan ulangan akan dibuat walaupun simptom kelihatan berkurangan.

Kes di Pulau Sayak:

17 tahun menderita saka, mimpi budak dll. Muntah selrpas diruqyah panjang dengan ayat-ayat azab. Dibekalkan ayat amalan, Husun Nabawiyah dan zikir. Selepas mandi dan amalan sumpah kelihatan semakin pulih. tetapi pesakit kembali menggeletar, seram dan sakit kepala teruk selepas keluar bersiar-siar ke shoping complex (tempat syaitan). Saya pesan beberapa pantang larang demi kebaikannya. Rawatan susulan akan diadakan.

Kes Taman Rupawan:

Wanita usia emas menderita sakit mulut dan perut bagaikan ada api dalam badan. tidak mahu makan kerana sakit. Doktor mengesahkan beliau SIHAT.

Saya ruqyah panjang pada pesakit, madu dan air. Selepas beramal madu sakit semakin teruk. Dalam rawatan kedua saya guna teknik ulangan.

1) Surah Jin ayat 4 dan 6 diulang 21 kali setiap satu.

2) Surah Rahman ayat 33-36 diulang 21 kali.

3) Husun Nabawiyyah diualang pada perut pesakit.

4) Saya tekapkan tangan (berlapik) pada mulut pesakit dan dibaca ayat di atas sekali lagi.

Pesakit berasa hilang sebahagian besar pedih-pedih dan hilang sakit kepala. Cuma rasa pedih masih wujud. Rawatan susulan akan dibuat.

Ketiga kes ini menggunakan daun bidara, limau, garam dan lada hitam dalam mandian. Minuman air bidara+ garam juga diberi.


Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)


Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

Amalan pulihkan pasangan yang terkena guna-guna(pengasih)

Surah An Najm ayat 58


Ayat untk lawan sihir pengasih,amalan untuk pasangan tarik perhatian pasangan yang terkena guna guna,nasi kangkang.

1-ambil wudhuk
2-solat hajat dua rakaat
3-istghfar 100x
4-baca ayat di atas 500-1000x niat tarik kembali pasangan sah kita.

berdoa. jaga maruah keluarga, bersabar.

Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)


Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

KAEDAH MUDAH PAGAR RUMAH DAN KENDERAAN


KAEDAH PAGAR RUMAH DAN KENDERAAN

Ada byk kaedah pagar yang blh dibuat
1-kaedah garis lantai,
2-baling pasir
3-isyarat 4 penjuru
4-renjis air 33 ayat perang
5-azan

Tapi yang mudah saya nak ajar kaedah Us Hanif Ghazali mudir Zubaidiyah (diijazahkan)

-ambil dua baldi air paip
- istgfar, selamat
- bc yasin satu round hembus dalam air.
- surah falaq 11x
- surah nas 11x
- bca FALLAHU KHAIRUN HAAFIZHO WAHUA ARHAMUR RAHIMIN


renjis air dalam dan luar rumah sambil bc surah falaq atau ayat kursi.

juga siram kereta anda ya. Insya Allah Allah bg malaikat tlg jaga.

Muhammad Nuruddin (muallij)
017-6291368

Pesakit sembuh dengan amalan surah An Nas


Saya dimaklumkan anak gadis 16 tahun yang dirawat dua kali sebelum ini telah sembuh. Beliau kerasukan jin yang bercakap bahasa Cina, kelakuan berubah tidak malu, bersuara kuat dan tidak ke sekolah. Telah sakit lebih 6 bulan.

Saya rawat dengan bacaan ruqyah panjang, dimandikan ais ruqyah.

Rawatan kedua bacaan yasin, bacaan hashr 1-4 (pemecah benteng jin) , bacaan haqqah 46-47 (pmecah siir dalam badan), surah an Nas diulang banyak kali.

Pesakit diminta diperdengarkan bacaan yasin dan surah nas.

Ahamdulilah sihat semula.

Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)


Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

Sunday, April 10, 2016

Rawatan sihir berat berpanjangan? Ingin ruqyah lebih panjang? Hubungi kami


Kepada para pesakit sihir yang terlalu lama menderita dan ingin ruqyah panjang (kelainan dari rawatan sedia terima) boleh hubungi kami untuk sesi:

1) Yasin 7 mubin.

2) Ayat-ayat intiqom/azab.

4) Ulangan ayat pembatal sihir 100 kali.

Bacaan ini dilakukan keseluruhannya dan mengambil masa  sehingga 2 jam. (termasuk azan/doa dan solat hajat jika perlu)

Bacaan panjang kadangkala mujarab bagi kes sihir yang kuat tertanam. 

Bayaran ikut lokasi anda.

Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)


Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

Wednesday, April 6, 2016

AIR PENAWAR KHAS ANTI KANSER


AIR PENAWAR KHAS ANTI  KANSER

Kami menyediakan air penawar untuk penyakit kanser berdasarkan ayat al Quran, selawat, doa khas dan dibacakan jampi sekitar satu jam.

1) Bacaan ayat-ayat pembatal sihir, anti gangguan (dengan ulangan banyak)

2) Bacaan ayat anti kanser

3) Doa khas anti kanser

4) Fatihah 40 kali

Anda hanya sediakan sebotol minyak zaitun, sekotak kapsul habbatus sauda, jus delima (pati) untuk diruqyah, kami sediakan air penawar 5 liter dan bekalkan anda buku nipis ayat-ayat anti kanser untuk anda beramal. (penghantaran sekitar Kedah/P.Pinang)

Bayaran : RM 35 (masa, tenaga)

Rawatan khas ke rumah pesakit juga disediakan.

Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)


Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

Tuesday, April 5, 2016

Kanser peparu..ruqyah boleh membantu


Saya dijemput merawat seorang pensyarah yang baru sahaja disahkan kanser peparu tahap 4. Berbekalkan petua dan amalan dari salah seorang guru saya di Kuala Lumpur, saya tekadkan diri untuk cuba merawat pesakit.

Bahan yang saya minta sediakan adalah:

1) sekotak air mineral 1.5 litre.

2) sebotol minyak zaitun extra virgin

3) sebotol jus delima (pati bukan kordial)

4) dua kotak kapsul habbatus sauda al barakah.



Saya bacakan ayat asas ruqyah (20 ayat/33 ayat harb) dengan ulangan beberapa kali setiap ayat. Semasa disentuh di dada pesakit beliau batuk dan bergegar sedikit dadanya. 

Kata pesakit rasa ada benda tak terkeluar di tekak dan ia kerap berlaku semasa solat dan tidur menyebabkan keluarga menyangka sesak nafas.

Saya bacakan ayat kursi di tekak beberapa kali dan beri minum air suam dicampur delima dan kapsul habbatus sauda.


Ruqyah diteruskan dengan bacaan ayat-ayat anti kanser selama 45 minit.

Rawatan diselesaikan dengan azan di telinga dan doa qunut nazilah.

Petua yang diberi kepada pesakit adalah bacaan al fatihah 21 kali dan ditelan air liur pada bacaan terakhir. Juga amalan ayat kursi 21 kali. Para ahli dikeluarga diingatkan agar dibacakan ayat anti kanser tiap hari dan ayat hafazhah (penjaga) di telinga pesakit agar mudah solat, bernafas dan tidur.

Menurut maklumbalas keluarga beliau, pesakit disahkan agak sihat berbanding sebelumnya oleh doktor sebelum kemoterapi. Beliau juga mudah tidur dan kelihatan tiada gejala tersekat di tekak dengan kerap. Alhamdulillah.

Untuk pesakit kanser ramai yang status kansernya tetap dan sembuh selepoas beberapa bulan beramal ayat-ayat anti kanser dan amalan habbatus sauda. Pesakit aka dibekam oleh saya pada minggu akan datang pula.

Terlalu banyak punca kanser. Pesakit ini tidak merokok. Jin dan syaitan juga antara penyumbang kepada penyakit kronik seperti kanser lantran itu ada doktor yang juga mendalami ilmu alternatif selepas melihat kesembuhan kanser melalui Al quran.

Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)


Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

Kekuatan ayat-ayat hafazhah (penjaga) -dengan izinNYa


Inilah ayat-ayat hafazhah (penjaga) yang saya maksudkan. Alhamdulillah setiap rawatan saya bekalkan ayat ini selepas beramal ada kesembuhan bagi penyakit tertentu. Ini Ayat Allah... amal ja...

Cara membentengi rumah dari suara teriakan jin dan penampakannya terhadap anak kecil.


Diantara anak yang menangis  ada yang mengaku mendengar suara yg tidak mampu didengar oleh orang lain, melihat penampakan makhluk yg menakutkan, jeritan dan teriakan histeria yang hanya dia saja yang mampu mendengar.

Lalu bagaimana solusi syar'i untuk membentengi rumah daripada para jin  ini ???
Insya Allah saya rangkumkan beberapa cara-cara pembentengannya sbg brikut :
1.Di awal malam, yakni di waktu maghrib tahan anak jangan sampai ada yang keluar rumah, tutup jendela, tutup pintu, tutup takungan air minum , off TV dengan  BASMALAH semuanya.

2.Turunkan semua FOTO keluarga, patung, gambar2 kartun, dan yg smacamnya dari dinding.. Cukup simpan saja di gudang

3.Sediakan bejana, air, garam, dan minyak misk lalu kemudian baca ayat2 berikut :

-Yusuf ayat 64 juz 13:

- قَالَ هَلْ آمَنُكُمْ عَلَيْهِ إِلاَّ كَمَا أَمِنتُكُمْ عَلَى أَخِيهِ مِن قَبْلُ فَاللّهُ خَيْرٌ حَافِظاً وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ (64) يوسف.
Ar-Ra'd ayat 11 juz 13 :

- لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللّهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللّهُ بِقَوْمٍ سُوءاً فَلاَ مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ (11) الرعد.

Al-Hijr ayat 17 juz 14 :

- وَحَفِظْنَاهَا مِن كُلِّ شَيْطَانٍ رَّجِيمٍ (17) الحجر.

Al-Israa ayat 45-46 dan ayat 65 juz 15 :

- وَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرآنَ جَعَلْنَا بَيْنَكَ وَبَيْنَ الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ بِالآخِرَةِ حِجَاباً مَّسْتُوراً (45) وَجَعَلْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَن يَفْقَهُوهُ وَفِي آذَانِهِمْ وَقْراً وَإِذَا ذَكَرْتَ رَبَّكَ فِي الْقُرْآنِ وَحْدَهُ وَلَّوْاْ عَلَى أَدْبَارِهِمْ نُفُوراً (46) الإسراء.
- إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ وَكَفَى بِرَبِّكَ وَكِيلاً (65) الإسراء.

Al-Kahfi ayat 97 juz 16:

- فَمَا اسْطَاعُوا أَن يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْباً (97) الكهف.
Saba' ayat 54 juz 22 :
- وَحِيلَ بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ مَا يَشْتَهُونَ كَمَا فُعِلَ بِأَشْيَاعِهِم مِّن قَبْلُ إِنَّهُمْ كَانُوا فِي شَكٍّ مُّرِيبٍ (54) سبأ.
Yasin ayat 9 juz 23 :
- وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدّاً وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدّاً فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لاَ يُبْصِرُونَ (9) يس.
Ash-Shaaffaat ayat 7 (boleh juga dari ayat 1-10) juz 23 :
- وَحِفْظاً مِّن كُلِّ شَيْطَانٍ مَّارِدٍ (7) الصافات.

Ath-Thaariq ayat 4 juz 30 :

- إِن كُلُّ نَفْسٍ لَّمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌ (4) الطارق.

Ali 'Imran ayat 181 juz 4 :

- وَنَقُولُ ذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ (181) آل عمران.

Al-Anfal ayat 50 juz 10 :

- وَلَوْ تَرَى إِذْ يَتَوَفَّى الَّذِينَ كَفَرُوا الْمَلائِكَةُ يَضْرِبُونَ وُجُوهَهُمْ وَأَدْبَارَهُمْ وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ (50) لأنفال.
Al-Hajj ayat 9 dan 22 juz 17 :

- ثَانِيَ عِطْفِهِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَنُذِيقُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَذَابَ الْحَرِيق(9) الحج.
- كُلَّمَا أَرَادُوا أَنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا مِنْ غَمٍّ أُعِيدُوا فِيهَا وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ (22).

Al-Buruj ayat 10 juz 30 :

- إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ (10) البروج.

-Lalu percikan di setiap sudut rumah, spray di setiap dinding rumah, dan juga atapnya setelah subuh atau sebelum maghrib..

- Baca surat al-Baqoroh dengan suara yang keras.

4.Jauhkan esgala kemaksiatan di dalam rumah

5.Jangan ada muzik.

ALAM GHAIB...HANTU TAK WUJUD..YANG WUJUD ITU JIN DAN MALAIKAT...


Majoriti kisah khurafat dalam filem seram luar negara dan buatan Malaysia (pengarah orang Islam) mentakrifkan Hantu adalah = ruh orang mati (nenek moyang) balas dendam. Inilah doktrin paling kuat dalam masyarakat. Dalam rawatan saya paling susah nak fahamkan masyarakat yang ada fahaman ini.

Lihat hadis ini,
لَا عَدْوَى وَلَا صَفَرَ وَلَا هَامَةَ

Tidak ada penyakit yg menular, tidak ada Shafar (kematian dikarenakan penyakit cacing perut) yg terjadi dgn sendirinya,, dan tidak ada HANTU...
(HR.Muslim no.4116)

Hantu menurut hadis adalah takrifan jahiliyah iaitu ruh bergantungan kembali jadi makluk seram balas dendam dengan jasad yang mampu dilihat pancaindera kasar manusia (jasad dimensi manusia). Maknanya tiada hantu bukan tiada jin dan benda ghaib.

Dalam kitab Menjawab buku Anti Hadis (Prof Harun Din) pula mengatakan la bermakna bermaksud jangan ada. Bermakna jangan ada penyakit berjangkit, jangan ada penyakit safar dan jangan bermain ilmu hantu.

Jin saka (warisan nenek moyang atau yang hadir selepas kita berubat dengan bomoh) memanggil pewarisnya ayah, ibu atau nenek. Jangan keliru itu bukan ruh nenek kita. Itu adalah jin yang menggelar dirinya nenek atau datuk atau memanggil ibu bapa kita sebagai ibu dan ayah. Memang menyesatkan setan-setan ini.



Ada pun sekularis moden menafi terus benda ghaib, mana ada hantu zaman moden, jin sihir semua zaman 70an ada la....

Haaa jaga bebaik...silap-silap hang pun tengah jadi mangsa...

Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)


Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

Monday, April 4, 2016

Penyihir mengaku membuat sihir dan sakit akhirnya...

Ini kisah benar dan bukan tulisan pojok ala-ala majalah seram:

Di sungai Layar Kedah, saya pernah dijemput untuk merawat seorang wanita warga emas yang tidak mampu solat dengan baik akibat gangguan. Bila pakai telekung akan rasa kepala dicekak dengan kuat, sakit yang amat sangat. Si anak perempuan yang belum berkahwin menjaganya di rumah pusaka pernah terlihat beberapa kali lembaga lelaki besar duduk berdekaan si ibu semasa tidur. Bau bangkai terhidu waktu tertentu dalam rumah, kenderaan dan semasa mereka ingin niat menjemput perawat!

Saya dijemput oleh anaknya yang tinggal di Perak. Seperti biasa saya bacakan ayat-ayat ruqyah, di azan di telinga dan mengajak keluarga bersolat jemaah.



3 hari saya merawat rumah berkenaan kerana ada pentunjuk dari si anak-anak bahawa si ibu tidak disukai adik beradik keliling rumah pusaka. Semasa merawat anak yang menjemput saya tersebut beliau menjerit dan mengilai dengan suara lelaki. Seorang pun adik beradik keliling rumah tidak hadir menjenguk seolah-olah tahu aksi terkena sakit sedang berlangsung. Hanya jenguk melalui tingkap. Cukup mencurigakan.

Saya teruskan dengan bacaan surah al Baqarah beberapa muka surat dan membaca hizib intiqom beberapa kali.

Sebentar tadi selepas 3 minggu rawatan tamat, si anak memaklumkan ibu-ibu saudaranya berjumpa ibunya dan menuduh si ibu menjemput bomoh kuat  (dimaksudkan itu adalah saya) sehingga mereka sakit teruk terketar-ketar. "Kami berubat merata tak lega, bomoh apa hang pakai, tak pa kami akan tambah lagi kat bumbung rumah hang", si ibu saudara mengugut....

Saya telah berpesan kepada si anak-anak dan ibu berkenaan, amalan perlu diperkemas, ayat An Nahli ayat 126 dibaca perlu diniat Allah membalas setimpalnya. Hanya Allah layak membalas bukannya kerja kita. Jangan memaki sesiapa yang disyaki menyihir kita. 

Rupanya sakit patah balik, malah mereka tanpa malu mengaku selama ini menyihir si ibu malang berkenaan.

Apa rawatan yang saya buat?

1) Ruqyah ibu dan anak beberapa kali

2) Mandian ruqyah

3) Air ruqyah

4) Azan di rumah beberapa kali

5) Merenjis keliling luar rumah dengan air dibacakan surah Kauthar 11 kali dan ayat pembatal sihir. Air juga disiram ke dinding rumah dan disimbah ke bumbung rumah selepas anak bermimpi ular besar ada di atas rumah.

Selepas jin berjaya dikeluarkan dalam rawatan kedua, kata mereka malam itu kedengaran pintu rumah diketuk atas dan bawah beberapa kali sedangkan tiada orang diluar. Demikian yang diceritakan mereka sekeluarga. 

Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)


Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat